9 Februari - Pendedahan kata-kata Jesse Jackson yang dianggap oleh sesetengah orang sebagai penghinaan anti-Semitisme menjejaskan kempen kepresidenannya.
23 Mac - Jeneral Rahimuddin Khan menjadi orang pertama dalam sejarah Pakistan untuk memerintah salah dua daripada provinsi-provinsinya, selepas menjadi Gabenor interim Sindh.
12 April - Perampas bersenjata api mengambil Bas Nombor 300 Israel sebagai tebusan. Pasukan khas Israel membuat serangan tiba-tiba terhadap bas itu dan membebaskan orang-orang tebusan (seorang tebusan dan 2 orang perampas dibunuh). Dua orang perampas ditangkap dan kemudian dibunuh dalam soal siasat Perkhidmatan Rahsia. Kejadian ini mengakibatkan skandal besar dan pergolakan dalam perkhidmatan rahsia.
8 Mei - Permainan paling lama dalam sejarah Liga Besbol Utama bermula pada pukul 7.30 petang antara Milwaukee Brewers dan Chicago White Sox. Permainan 25 pusingan itu dimain selama dua hari, dengan jangka masa 8 jam dan 6 minit.
6 Jun - Angkatan tentera India membuat serangan tiba-tiba terhadap Kuil Keemasan di Amritsar, kuil Sikh yang paling suci, dan membunuh lebih kurang 300 orang.
8 Jun - Puting beliung F5 hampir memusnahkan bandar Barneveld, Wisconsin, dan membunuh 9 orang, mencederakan lebih kurang 200 orang, serta mengakibatkan kerosakan melebihi AS$25 juta.
8 Jun - Filem Ghostbusters ditayangkan dan menjadi filem musim panas kegemaran ramai, dengan lagu "Ghostbusters" oleh Ray Parker Jr. menjadi lagu laris Top 40.
20 Jun - Rombakan peperiksaan terbesar dalam sistem pendidikan British sejak melebihi 10 tahun diumumkan, dengan peperiksaan peringkat biasa (O-level) dan CSE digantikan oleh GCSE, peperiksaan baru.
9 November - Cesar Chavez menyampaikan ucapan "Apakah Masa Depan bagi Pekerja-pekerja Ladang dan Orang-orang Amerika-Sepanyol" di Kelab Komanwel di San Francisco.
19 November - Satu siri letupan di tempat simpanan petroleum PEMEX di San Juan Ixhuatepec, Bandaraya Mexico mengakibatkan kebakaran besar yang membunuh hampir 500 orang.
23 November - Doug Flutie dari Kolej Boston memberi 'hantaran Hail Mary' kepada Gerald Phelan dan menyebabkan kemenangan Kolej Boston 47-45 terhadap Miami Hurricanes.
3 Disember - Bencana Bhopal: Kebocoran metil isosianat di kilang racun perosak Union Carbide di Bhopal, Madhya Pradesh, India, membunuh melebihi 2,000 orang dengan serta merta dan mencederakan antara 150,000 hingga 600,000 orang lain (lebih kurang 6,000 orang ini kemudian mati daripada kecederaan mereka) dalam salah satu bencana perindustrian yang paling teruk dalam sejarah.
Perjanjian perdamaian antara Kenya dan Somalia dimeterai di Cairo, ibu negara Mesir, pada Disember 1984. Dengan penjanjian ini, Somilia melepaskan tuntutan wilayah sejarahnya dan hubungan antara kedua-dua negara mula bertambah baik.
Novel Sembilan Belas Lapan Puluh Empat yang ditulis oleh George Orwell pada 1948 memberikan pandangan distopia tentang bagaimana kehidupan mungkin akan terjadi pada tahun protagonis mempercayai sebagai tahun 1984. Sebuah padanan filem sanjungan bagi novel ini difilemkan di London dan persekitarannya dari April hingga Jun 1984 di tempat-tempat dan pada tarikh-tarikh yang sama dengan yang difikirkan oleh penulis.
Cerpen, "Transit of Earth", oleh Arthur C. Clarke, berlaku pada tahun 1984.
Pancaragam Anti-Flag menulis sebuah lagi yang dipanggil Selamat Datang ke 1984. Satu ayat lagu mengatakan: "...what I thought was the new millenium- is 1984..."
Dalam The Iron Heel, novel distopia oleh Jack London, penciptaan Asgard, bandar raya ajaib, siap.